Home » » Umpan Ikan Jenahak

Umpan Ikan Jenahak


lubuk ikan jenahak, ikan jenahak, pancing ikan jenahak, cara pancing ikan jenahak, umpan ikan jenahak


Seperti kebiasaannya, ikan akan hidup dihabitatnya dengan cara hidupnya yang tersendiri, Ikan jenahak merupakan salah satu ikan yang sedap rasanya disamping mempunyai nilai harga yang tinggi dipasaran. Ikan ini dikatakan tinggal ditempat yang mempunyai terumbu karang yang sukar dilalui oleh pukat tunda dan sukar untuk dicerobohi.

Ikan ini dikatakan banyak terdapat di sebelah pantai barat dan utara semenanjung. Ikan ini juga dikatakan sebagai bantal emas disebabkan oleh warna sisiknya yang keemasan. Di Pulau Pinang, ikan ini dikatakan banyak terdapat di Lubuk Senapang, Karang 60 dan juga Kapal Rusia.

Untuk memancing ikan ini, masa yang amat sesuai adalah antara pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana ikan ini akan berhenti makan ketika fajar mula terbit. Walaubagaimanapun, ikan jenahak juga dikatakan telah berjaya dinaikkan pada waktu siang di sesetengah tempat seperti di Kelong Kapal dan juga di Kapal Jepun.

Jadi sebagai umpan ikan jenahak, gunalah jig yang luminous la hehe..

1 comments:

Anonymous said...

ikan ni masak asam pedas sedap tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...