Home » » Umpan Kerapu

Umpan Kerapu


ikan kerapu, pancing ikan kerapu, cara pancing ikan kerapu, saiz mata kail, mata kail untuk kerapu, saiz umpan kerapu, umpan ikan kerapu, kerapu tikus, ikan kerapu tikus


Salah satu ikan yang paling digemari oleh kebanyakan pemancing ialah ikan kerapu. Ikan ini dikatakan susah untuk diperolehi dan harganya dipasaran juga sangat tinggi. Kejayaan menewaskan ikan ini merupakan satu lesen memancing bagi sesetangah orang. Ini kerana ikan ini sangat agresif pada permulaannya sehingga ikan kerapu ini menjadi lemah. Ikan ini juga sangat sukar untuk ditewaskan kerana ia sangat suka membawa mangsanya ke celah batu atau karang setelah mendapatkannya.

Oleh itu para pemancing perlulah bersiap dengan peralatan yang berkekuatan tinggi dan perambut yang akan digunakan perlulah kuat. Pemancing juga perlulah menghalang ikan kerapu ini daripada terus memasuki batu bagi mengelakkan batu ladung daripada tersangkit dicelah batu sekaligus mendatangkan kekecewaan kepada pemancing kerapu.

Ikan kerapu ini dikatakan tidak cerewet dalam memilih umpan dimana banyak jenis umpan yang dimakannya. Antara umpan yang boleh digunakan ialah sotong hidup, ikan selayang, udang hidup dan macam-macam lagi. ada yang mengatakan ikan kerapu sangat menyukai ikan tongkol segar. Ketika memancing ikan kerapu, umpan yang digunakan dan saiz mata kail yang digunakan perlulah besar kerana ikan ini sangat tamak dan dengan menggunakan saiz mata kail yang besar, ikan ini akan semakin susah untuk ditangkap.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...