Home » » Umpan Udang Galah

Umpan Udang Galah


udang galah, umpan pancing, pancing udang, pancing udang galah, makanan udang galah, pancing kolam, umpan pancing kolam, perumpun, umpun-umpun, cacing, udang hidup


Selalunya udang galah tinggal bersama-sama dengan buaya. Kepada pemancing yang ingin memancing udang galah, selalunya udang galah sangat menyukai perumpun yang boleh didapati ditepi sungai. Kepada pemancing yang malas untuk mengotorkan badan dan pakaian ataupun tidak tahu untuk mencari perumpun, umpan ini selalunya boleh didapati di kedai yang menjual peralatan pancing ataupun kedai yang menjual umpan.

Selain itu, cacing juga amat digemari oleh udang galah dimana umpan ini tidaklah sukar untuk dicari dan udang hidup juga tidak terkecuali. Selalunya Udang hidup digunakan ketika air sungai jernih dan jika air sungai keruh, umpan yang sesuai adalah perumpun. Jika menggunakan perumpun, sedikit umpan sudah memadai kerana umpan ini mempunyai sifat baunya yang sangat hanyir dan udang sangat menyukai umpan yang sangat hanyir.

Jika memancing di kolam, jantung ayam sangat sesuai digunakan. Selalunya umpan yang paling sesuai digunakan di kolam ialah makanan yang dibetikan oleh pemilik kolam kepada udang didalamnya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...